Tutorial Ringkas Newbie

Panduan Memuat Turun Fail

 

Sesetengah fail seperti .pdf kadang kala apabila di"klik" pada link downloadnya, ia tidak akan terus di download ke dalam komputer tetapi sebaliknya akan terbuka pada browser. Jadi, untuk membolehkan fail tersebut di download ke dalam komputer, berikut adalah langkah - langkahnya :

 

Langkah 1

Klik butang kanan mouse anda pada link download produk tersebut.

mouse

 

Langkah kedua

Selepas anda klik kanan butang mouse pada link download, akan terpapar satu tetingkap. Sila pilih menu "Save Link As" (jika anda menggunakan Mozilla FireFox) atau menu "Save Target As" (jika anda menggunakan Internet Explorer) untuk mula mendownload. (Nota : jika anda menggunakan lain - lain browser seperti Opera, langkah - langkahnya adalah sama sahaja)

link

 

Langkah 3

Selepas anda klik pada menu tersebut, akan terpapar satu tetingkap yang memberi pilihan kepada anda untuk memilih lokasi fail tersebut ingin disimpan. Pastikan anda menyimpan pada lokasi yang anda ingin gunakan seperti di dalam My Document.

lokasi

 

Langkah 4

Tunggu proses download selesai dan kemudian anda sudah boleh membuka fail yang telah didownload.

 

Semoga panduan ini dapat membantu anda!

<< Kembali ke halaman utama


Sudahkah anda memiliki produk berikut ?