Tutorial Ringkas Newbie
Panduan Melihat Extension / Format Fail
Setiap fail mempunyai format nya tersendiri. Sebagai contoh audio kebiasaannya menggunakan .mp3, ebook menggunakan .pdf, software menggunakan .exe, fail zip menggunakan .zip dan lain - lain lagi.
Untuk melihat apakah extension fail yang berada di dalam komputer anda (iaitu produk - produk yang anda download), berikut adalah langkah - langkah mudah yang boleh anda gunakan :
Langkah 1
Masuk ke dalam My Computer anda.

Langkah 2
Pada bahagian atas bar dalam My Computer anda, cari menu Tools dan seterusnya pilih Folder Options .

Langkah 3
Anda akan dapat melihat paparan tetingkap seperti dibawah dan pilih tab View. Kemudian "tick" pada bahagian Show hidden files and folders seperti yang ditunjukkan pada rajah dan "un-check" bahagian Hide extensions for known file types. Setelah selesai, tekan butang OK.

Langkah 4
Anda kini sudah boleh melihat extension fail yang berada di dalam komputer anda. Berhati - hati ketika membuat "rename" nama fail supaya extensionnya tidak berubah. Contohnya, jika anda ingin menukar nama ali.pdf, maka apabila proses renamenya, pastikan anda hanya menukar nama ali sahaja dan bukan extensionnya. (ali.pdf --> abu.pdf)

Semoga panduan ini dapat membantu anda!